Search


Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia merupaka...

  • Share this:


Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia merupakan event kemuncak di dalam dunia track and field Malaysia. Sebagai seorang marathoner, acara larian 10,000m sangat sesuai dijadikan tune-up race bagi melatih diri untuk mengasah teknik larian, terutamanya pacing dan juga speed. 10,00m juga sangat menarik kerana dari sini kita boleh melihat pelapis-pelapis yang berpotensi tinggi dalam acara marathon. Kalau di luar negara, kita boleh lihat Mo Farah dan Kenenisa Bekele yang dulunya pelari 10,000m telah menjadi marathoner yang hebat.

Penyertaan saya dalam kejohanan ini adalah di bawah pasukan ATM yang turut menghantar wakil dalam acara yang lain. Pengalaman saya dalam acara ini agak sikit dan kali terakhir saya masuk event track/balapan 10,000m adalah pada tahun lepas di Kejohanan Olahraga ATM 2017. Setelah pertandingan bermula, saya dan beberapa peserta yang lain terus maju dan membentuk leading pack(kumpulan hadapan). Saya hanya berhati-hati untuk tidak lari terlalu laju pada beberapa pusingan awal dan beberapa kali saya cuba membawa leading pack untuk lari dengan lebih laju, tetapi tidak mendapat tindak balas dari pencabar yang lain.Saya hanya mengikut Poo Vasanthan yang sentiasa dihadapan dan setelah beberapa pusingan, saya dapat rasakan saya masih mempunyai tenaga yang banyak. Setelah mendapat nasihat daripada jurulatih dari luar, saya mula lari dengan lebih laju dan menjadi ketua kumpulan(pack leader) dengan pace yang telah dirancang. Berbaki lagi tujuh pusingan, sekali lagi saya terus pecut ke hadapan dan akhirnya menamatkan larian saya dengan catatan masa 33:46:00.

Terima kasih kepada penaja saya, #GarminMalaysia yang banyak membantu saya dalam latihan bagi kejuaraan ini. TIdak lupa juga kepada jurulatih, Coach Intheren dan Coach Rono yang banyak memberi tunjuk ajar dan juga keluarga. Tahniah juga saya ucapkan kepada Poo Vasanthan(U20), Azwan Bunjing dan Manihselvan Sivakumar serta para pemenang yang lain sepanjang Kejohan Olahraga Terbuka Malaysia ini.

Gambar daripada FizSaid Photos 🙏🏻


Tags:

About author
Originated from Gurun, Kedah, Muhaizar Mohamad has been active in long distance running since 2003. Under the Pusat Cemerlang Olahraga Tentera Darat, he trained day in day out while also juggling with his profession as a military. Muhaizar then put his training on hold in 2005 as he was recruited to be part of 21 Grup Gerak Khas, Malaysia’s own special task force under the military. Only in 2011 he returned for training after being called to enter the Persatuan Sukan Lasak ATM. Hungry for achievements in long distance running, he won multiple events since then and finally made his marathon debut in 2013 at Penang Bridge International Marathon with the time of 2:49:36. Moving forward, he continuously shaved his personal best(PB) in marathon to be the athlete he is today, a SEA Games bronze medalist with the time of 2:31:52. As always, being a SEA Games medallist is not something that he is content with. He now strives to push his strides one step at a time, further than ever.
View all posts